Tuesday, June 14, 2016

Ombak hati

Allahhuakhbar.

Runtun nya jiwa ku.
lemahnya hatiku.
Setiap perbuatanku
setiap anganku
aku cuma mengingatimu.

betapa dalamnya rasaku
betapa lelahnya aku
berperasaan begini
seolah tak terkawal lagi

aku kira aku telah pulih
tapi kenapa masih tersisih
kenapa masih juga jatuh
air mata ini?

anganku
cintaku
kebahagianku
kau telah bawa pergi bersamamu

cintaku
sayangku
paling dalam
terlarut oleh setiap kepekatan malam

aku rungsing
tapi aku tak mahu tenggelam dengan peritnya rasaku
sakit
pedih.

aku ingin kau kejar bahagiamu
kerana tiap bahagiamu akan mengisi ruang ketenangan hatiku
walau aku tau kau tak disampingku
aku bahagia kalau kau bahagia
walau peritnya derita dihati
mengenang aku yang hanya menambahkan kegelisahan dihatimu
aku cuma ribut
dan aku tak mahu membawa kau bersama dalam ribut hatiku
sebab akibatnya nanti
akan terluka di hatimu
dan aku tak ingin membuatmu terluka
kerana aku sangat sangat mencintaimu

aku tidak ingin melupakanmu
aku ingin mengenangmu
cintamu padaku dahulu
akan tetap abadi
dan setiaku hanya untukmu
biar aku tenggelam
dalam ombak hatiku sendiri.


No comments:

Post a Comment