Tuesday, April 26, 2016

Puisi pertama ku. Untuk kau.

Kau jadikan aku pujangga cinta
Kau jadikan aku melakarkan kata kata
Kerana aku terlalu sayang
Sampai jiwa aku terkadang melayang

Tiap panahan kata mu
Tiap bisikan cinta mu
Membuatkn aku gila bayang
Aku sudah terlanjur sayang

Kerana disetiap helaan nafasmu
Seolah menyatu dengan nafasku
Ketika disetiap sentuhan tanganmu
Seolah menarik aku dlm curam plg dalam

Curam plg dalam
Paling kelam

Ku bisikkan setia ku padamu
Paling cintaku padamu

Kenapa kau tidak mengerti
Bahawa sayang ini
Membuat aku begini
Meronta meng inginkanmu,
dalam setiap mimpiku
Dalam setiap jagaku
Dalam setiap ruang ruang hidupku

Tapi jika tiada ruang untukku di hatimu,
Kenapa kau berikan aku harapan,
Harapan yg akhirnya akan menjerat aku
Menjerat aku sampai aku...
Sampai aku hilang bayangku sendiri. Sampai aku meratapi kasihku sendiri. Sampai aku, hanya aku. Di sini. Keseorangan. Di dinginnya malam ini.

No comments:

Post a Comment